Tentang Kami

BINAZRIN MAJU SDN BHD merupakan sebuah entiti korporat yang memfokuskan kepada pembangunan hartanah sebagai perniagaan utama dan mempunyai maklumat yang besar untuk menjadi pemaju hartanah terbaik di Malaysia pada tahun 2025.

Segala-galanya bermula pada tahun 2011 dimana pengasasnya iaitu Haji Mohd Azrin Bin Kamaruddin dan En. Pauzi Bin Othman dengan jayanya telah menjalankan projek yang pertama iaitu projek tanah lot banglo di Batu 7, Lekir. 

Sejak daripada itu, sehingga ke hari ini lebih daripada 500 tanah lot telah berjaya dipasarkan.

Bermula pada tahun 2014 juga BINAZRIN MAJU SDN BHD mula membina kediaman jenis banglo pada harga mampu milik dan telah membantu ramai keluarga memiliki kediaman impian yang selesa dan mewah.

BINAZRIN MAJU SDN BHD pada ketika ini begitu optimis dan sedang rancak merancang dan juga melaksanakan beberapa pelan tindakan jangka pendek dan pelan jangka panjang dengan misi untuk membantu lebih ramai orang memiliki hartanah dan kediaman yang moden, selesa dan berbaloi agar mereka tidak perlu membelinya berulang kali.

Kumpulan syarikat yang berpangkalan di Seri Manjung, Perak ini juga adalah antara syarikat pemaju yang terkenal dalam membangunkan tanah rizab melayu dan telah banyak memajukan kawasan-kawasan yang pada asalnya mundur sekaligus membantu memajukan pekan-pekan kecil.

Pelbagai anugerah turut dimenangi oleh syarikat, antaranya anugerah Usahawan Malam AURA bagi industri Hartanah peringkat daerah Sri Manjung dua tahun berturut-turut bagi tahun 2018 dan 2019.

Kami sedia membantu anda

Pilih soalan untuk anda whatsapp.