73% daripada pembeli tanah lot kami mempunyai perancangan untuk bina rumah impian mereka atas tanah sendiri satu hari nanti. Mereka percaya ianya lebih menjimatkan dari membeli rumah siap bina.
Selebihnya?
Mereka merancang untuk jual semula beberapa tahun kemudian dan raih untung pelaburan 10%-30%. Berbeza aset pelaburan yang lain, ianya RM 0 kos selenggara dan 0% risiko kehilangan atau kerosakan.
22 lot geran individu. Geran mula proses pada tahun 2013 dan siap serah kesemua geran individu pada 2015. Harga jualan: RM40,000. Harga terkini: RM90,000.
24 lot geran individu. Geran mula proses pada tahun 2015 dan siap serah kesemua geran individu pada 2017. Harga jualan: RM50,000. Harga terkini: RM90,000.
Dengan keluasan 46'x88' kaki bersamaan 4068 kaki persegi, keluasan maksimum rumah yang boleh dibina adalah sehingga 2808 kaki persegi. Ianya cukup luas untuk membina rumah banglo yang lengkap dengan 4 bilik tidur, 3 bilik air, 2 ruang keluarga dan dapur yang luas. Porch depan pula boleh muat sehingga 3-4 biji kereta dan baki tanah di kiri dan kanan pula ada untuk bercucuk tanam sayuran dan bunga-bunga.
Dengan hanya nama anda pada geran tanah, terpulang bagaimana anda mahu guna pada masa akan datang. Sama ada mahu bina rumah atau waris kepada anak-anak atau jual semula dengan harga yang lebih tinggi! Anda juga tidak perlu keluar duit kemudian hari untuk perbaharui geran kerana ianya kekal milik anda.
Hanya 700m dari WCE, tengah-tengah di antara bandar Sri Iskandar dan Sri Manjung, lokasi fasa ke-3 ini dijangka akan membangun dengan pesat dalam masa beberapa tahun ini. Kawasan bersebelahan tapak kami juga bakal didirikan projek perumahan mega oleh pemaju lain dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
Setelah memiliki tanah lot sendiri, anda boleh mula memasang impian untuk membina rumah yang anda dan keluarga idam-idamkan selama ini. Cara ini juga lebih menjimatkan berbanding membeli rumah siap.
Sebagai meraikan pembeli terawal, kami berbesar hati untuk memberi penjimatan harga sebanyak RM20,000!
Harga sebenar adalah minimum RM90,000/lot.
Harga promosi awal cuma RM70,000/lot.(sold out)
Harga promosi terkini cuma RM75,000/lot.
Harga ini adalah all in dan tiada kos tambahan atau kos tersembunyi.
Infrastruktur asas juga akan disediakan seperti jalan batu/jalan tar dan longkang konkrit.
Alamat: No. 55, Jalan Ppmp 7, Pusat Perniagaan Manjung Point 1, 32040 Seri Manjung, Perak
Emel: info@binazrin.com
Tel: 05-687 0101