Pernah dengar tanah lot lidi?
Jika belum, ini penerangan serba ringkas untuk anda.
Khususnya jika anda sedang mencari atau ada berfikir untuk beli tanah lot.
Lot lidi berlawanan dengan lot geran individu.
Jika geran individu, hanya nama anda akan didaftarkan atas geran.
Tetapi jika geran lot lidi, hanya nama pemegang amanah yang ada pada geran.
Ini yang akan menyebabkan banyak masalah pada masa akan datang.
Antaranya:
- Sukar untuk pindah milik kepada orang lain. Anda tidak dapat pindah milik tanah anda kepada orang lain (pembeli baru atau anak untuk diwariskan) kecuali dengan bantuan pemegang amanah. Apa jadi kalau pemegang amanah sudah meninggal atau tidak dapat dikesan?
- Oleh kerana tiada nama anda pada geran, tiada sebarang aktiviti yang sah yang boleh dilakukan atas tanah tersebut. Contohnya jika ingin bina rumah sendiri, memang tidak layak untuk buat sebarang pinjaman perumahan. Dengan bank mahupun kerajaan.
- Tidak layak dapat pampasan sekiranya tanah di ambil kerajaan untuk tujuan pembangunan. Bayangkan jika kerajaan mahu bayar puluhan atau ratusan ribu ringgit kepada pimilik tanah, tetapi hanya pemegang amanah yang dapat. Sedangkan anda 1sen pon tidak layak.
- Tidak ada satu persempadanan yang jelas di antara satu lot dengan satu lot yang lain. Jadi anda akan sukar untuk buat sesuatu di atas tanah tersebut kerana tidak pasti di mana sempadan tanah yang sebenar. Boleh jadi nanti-nanti akan bertelingkah pula dengan jiran lot sebelah.
- Tanah juga tidak boleh diguna untuk buat sebagai gadaian bank sebab tiada nama anda dalam geran tanah tersebut. Jadi, memang tidak boleh untuk anda dapatkan pinjaman daripada bank melalui gadaian tanah.
Ada banyak lagi sebenarnya.
Tapi cukuplah kami share 5 perkara ini dahulu.
Biasanya orang tertarik dengan tanah lot lidi sebab harganya yang murah.
Tapi apa guna murah kalau kita seolah-olah tiada tanah pon pada akhirnya, kan?

Jika anda ingin cari tanah lot yang selamat, dengan status geran kediaman, serta geran individu, geran kekal dan rezab Melayu, kami ada baki beberapa lot lagi di sekitar Lekir dan Bota.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ni, kami ada bagi diskaun lagi tau!
Untuk info lanjut, hubungi segera tim kami disini: www.binazrin.com/tim-sale
