Bermula pada tahun 2007, beliau telah mula menjejakkan kaki dalam bidang hartanah sebagai Eksekutif Jualan. Hanya 4 tahun selepas itu, pada tahun 2011 beliau mengorak langkah besar dengan menubuhkan Binazrin Maju Sdn Bhd.
Dengan tekad, ilmu dan pengalamannya, kini Binazrin Maju Sdn Bhd semakin berkembang maju dan menjadi antara salah sebuah syarikat pemaju hartanah yang dikenali di daerah Manjung.
Sehingga kini, beberapa anak syarikat juga telah ditubuhkan untuk menguasai segenap sudut perniagaan hartanah; antaranya Tanah Jaya Sdn Bhd, Azrinbina Holding Sdn Bhd, Jalinan Inovasi Sdn Bhd dan Mukjizat Builder Sdn Bhd.>