Apa Ada Di Kg. Changkat Chermin?

Changkat Chermin terletak dalam mukim Ayer Tawar. Ayer Tawar pula berada dalam daerah Manjung.

Changkat Cermin terletak 15km sahaja dari pekan Bota. Perjalanan mengambil masa dalam 14 minit lebih kurang.

 Ketika dahulu, tidak banyak pun pembangunan yang ada. Banyak kawasan hutan sepanjang jalan Ayer Tawar ke Bota dulu, namun kini dah makin bertambah infrastruktur dan pembangunan. Jalan dahulu satu baris kini dah jadi dua baris.

Highway Ipoh-Lumut

Selain itu, Seri Iskandar juga berdekatan dengan Changkat Cermin. Jarak lebih kurang dalam 17km dan mengambil masa 16 minit tiba di Changkat Cermin.

Seri iskandar ini dikenali sebagai bandar baru yang semakin membangun dan dikenali sebagai hub pendidikan kerana menempatkan dua universiti popular iaitu Univerisiti Teknologi Petronas, UTP dan Universiti insititut Teknologi MARA, UiTM Seri Iskanda

Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti insititut Teknologi MARA, UiTM Seri Iskandar

Dari Changkat Chermin ke pekan Sri Manjung juga kini dah jadi sekejap. Jika sebelum ini perlu lalu pekan Ayer Tawar dahulu, yang mana selalunya agak sesak, kini tidak perlu lagi. Kini sudah ada highway West Coast Expressway (WCE). Hanya ambil masa dalam 15 minit sahaja.

Exit Tol WCE Changkat Chermin

Pendek kata, Changkat Chermin adalah satu lokasi yang sangat strategik dan berpotensi tinggi untuk jadi kawasan pembangunan pesat dalam 5 ke 10 tahun akan datang.

Sekarang pon sudah ada pelbagai kemudahan asas seperti Masjid, Sekolah, balai Bomba, balai Polis, Klinik dan pekan.

kemudahan changkat chermin
Kemudahan di Changkat Chermin

Jika dilihat dari segi pasaran hartanah di kawasan Changkat Chermin pula, ada kenaikan yang konsisten dari tahun ke tahun. Projek-projek hartanah juga semakin naik disini seperti projek tanah lot, projek rumah teres dan juga projek rumah banglo.

Selepas higway WCE siap buka sepenuhnya nanti, kami yakin harga pasaran hartanah akan naik dengan lebih rancak. 

Oleh itu, sangat beruntung mereka yang sudah ada atau bakal ada aset hartanah di Changkat Chermin. Memandangkan harga pasaran masih rendah, sekarang adalah masa terbaik untuk mencari aset hartanah di sini.

Artikel Berkaitan

Ikuti kami di media rasmi.

Alamat: No. 55, Jalan Ppmp 7, Pusat Perniagaan Manjung Point 1, 32040 Seri Manjung, Perak

Emel: info@binazrin.com

Tel: 05-687 0101

Lokasi

HAK CIPTA© 2020 | Binazrin Maju Sdn Bhd (1113654-T)

Kami sedia membantu anda

Pilih soalan untuk anda whatsapp.