Hati-hati ketika berurusan dalam jual beli hartanah.
Jika anda mencari tanah lot banglo untuk bina rumah kediaman, inginkan geran kekal selama-lamanya dan rezab Melayu, pastikan ada 6 ciri ini pada geran anda. (No 6 paling penting!)

#1 – Cukai tahunan sekitar RM 100 (utk negeri Perak shj). Jika cukai tahunan pada geran anda hanya sekitar RM 50, berkemungkinan status geran adalah tanah pertanian. Tanah pertanian tidak boleh dibina rumah kediaman.
#2 – Pastikan kategori penggunaan tanah adalah bangunan. Ini menyatakan geran tersebut untuk tanah kediaman.
#3 – Ada kenyataan Rezab Melayu. jika anda nk jiran-jiran 100% melayu.. 🕌🕋👳🏼♂️
#4 – Ada kenyataan geran untuk selama-lamanya lagi baik (geran kekal). Jika geran pajakan, anda perlu membayar caj premium kepada negeri sekiranya telah hampir tempoh tamat.

#5 – Pada pelan tanah, anda dapat lihat pecahan-pecahan lot yang telah dibuat. Ada nombor PT (Pecahan Tanah) yg sah.

#6 – Ini paling penting. Pastikan hanya nama anda pada geran tanah yang anda beli. Jika ada nama orang lain, berkemungkinan itu sebenarnya adalah geran kongsi.
p/s: Tolong kongsi jika anda rasa info ini penting
p/p/s: Alhamdulillah di Binazrin setakat ini semua projek tanah lot banglo kami adalah geran individu, geran kekal dan rezab Melayu.